Surabaya, 30 April 2024 - Pasukan Karate Polis Diraja Malaysia (PDRM) beraksi cemerlang apabila membawa pulang 18 pingat dalam Kejuaraan Karate Gapensi Cup Piala Gubernur Jawa Timur Tahun 2024 yang berlangsung di Gedung Olahraga Internasional Venue Universitas Negeri Surabaya (UNESA), di sini, dari 24 sehingga 29 April lalu.
Menerusi kejuaraan tersebut, sebanyak empat pingat emas, empat pingat perak
dan 10 pingat gangsa dibawa pulang dalam beberapa siri acara yang dipertandingkan.
Atlet Karate PDRM, Koperal Noraffidy Norhayalan, Koperal Elzrin Zeru, Lans Koperal Khuzairi Ismail dan Lans Koperal Nor Shamie Hakim Norazmi berjaya menggodol pingat emas menerusi acara KUMITE, manakala Koperal Che Nurliyana Syahirah Che Soh, Lans Koperal Dayang Nurimah Awang Ramlee dan Konstabel Izzudin Suid pula membawa pulang pingat perak menerusi acara sama.
Turut membawa pingat perak bagi acara sama untuk kategori beregu wanita ialah Koperal Che Nurliyana Syahirah Che Soh, Lans Koperal Callista Hana Hiew dan Lans Koperal Fernylla Jaypus.
Manakala Koperal Raywinson Rodney Chai, Koperal Muhamad Haritz Faiz Mazlan, Koperal Sulaihah Zainol, Lans Koperal Azzahar Yusuf, Lans Koperal Alixson Gary Anak Ali, Konstabel Asraf Iquan Mudi, Konstabel Sharul Shiba Rohadi dan Lans Koperal Norasirah Tarapidu pula menggondol pingat gangsa bagi acara tersebut.
Juga memperoleh pingat gangsa bagi acara KUMITE berpasukan lelaki ialah Koperal Muhamad Harith Faiz Mazlan, Lans Koperal Azzahar Yusuf, Lans Koperal Khuzairi Ismail, Konstabel Izzudin Suid dan Konstabel Sharul Shiba Rohadi.
Tidak ketinggalan pingat gangsa bagi acara KATA untuk berpasukan wanita PDRM yang dihadiahkan oleh Lans Koperal Callista Hana Hiew, Lans Koperal Fernylla Jaypus dan Lans Koperal Elloysia Johnny.
Setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah kepada semua atlet karate PDRM atas prestasi cemerlang yang mengharumkan nama Pasukan. Anda adalah kebanggaan kami!
Sumber: Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia