Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

POSTING PILIHAN: PENGARAH JSJK ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS KP MELAKA

Melaka, 30 Mei 2024 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis (KP) Melaka, DCP Datuk Wira Hj. Zainol Hj. Samah bertempat di Mes Pegawai Kanan Polis, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, di sini.

Kunjungan hormat itu bersempena Penutupan Latihan Dalam Perkhidmatan Siasatan Kes Penipuan Dalam Talian Pusat Respons Scam Kebangsaan yang diadakan di kontinjen tersebut.

Hadir sama, Timbalan KP Melaka, SAC Md Nazri Zawawi, Ketua JSJK IPK Melaka, Superintendan Sundra Rajan Ellumalai dan barisan Ketua Jabatan serta Ketua Polis Daerah Melaka.

Sumber: Polis Melaka

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS