Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

MDN SERU WARGA KDN TERUS KOMITED CAPAI KPI 2024

Petaling Jaya, 28 Jun 2024 - Penekanan terhadap usaha memperkukuh keselamatan dan ketenteraman awam, memperkasa kawalan sempadan darat, maritim dan pintu masuk negara antara amanat yang disampaikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam Mesyuarat Perancangan Strategik Kementerian Dalam Negeri (KDN) Bilangan 2 Tahun 2024 yang diadakan di Hotel Royal Chulan Damansara, di sini, malam tadi.

Berucap ketika mempengerusikan mesyuarat yang turut dihadiri oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, beliau menegaskan bahawa pembanterasan terhadap jenayah rentas sempadan harus dipertingkatkan di samping memperkemas tindakan dalam memerangi gejala dadah dan substan serta mentransformasi institusi dan sistem penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Tidak ketinggalan juga pembentangan ‘Key Performance Indicator’ (KPI) Kajian Separuh Penggal Pelan Strategik KDN 2021-2025 yang disampaikan oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution sendiri yang mana dihadiri oleh barisan kepimpinan tertinggi KDN dan agensi di bawahnya.

Mesyuarat yang diadakan pada kali ini turut meneliti pencapaian 33 KPI dan 41 KPI inisiatif utama KDN tahun 2024. Selain itu, mesyuarat juga membuat semakan semula ke atas sasaran yang ditetapkan serta mengenal pasti isu pelaksanaan inisiatif utama dan mengemukakan cadangan intervensi bagi memastikan sasaran dapat dicapai.

Terdahulu, pada sebelah petangnya telah berlangsung Mesyuarat Pasca Kabinet KDN Bilangan 20 Tahun 2024 yang dipengerusikan oleh MDN di lokasi yang sama. Ia merupakan platform bagi Datuk Seri Saifuddin Nasution untuk menyampaikan beberapa keputusan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang dihadiri beliau bagi membolehkan kementerian dan jabatan melaksanakan tindakan segera terhadap keputusan yang diambil selain memaklumkan status semasa isu-isu berkaitan KDN.

Yang turut hadir, Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Timbalan Ketua Polis Negara, Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, Pengarah Jabatan Jabatan Pengurusan, CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim dan Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad.

Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.

May be an image of 6 people, wedding and dais

May be an image of 7 people, dais and text

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 1 person, dais and text that says 'RAZARIAN L RAZARI PXRESAXCOF DRM POLISDIRAJAMALAYSIA POLIS DIRAJA MALAYSIA'

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 9 people, table, dais and text

May be an image of 10 people, table and dais


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS