Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

PDRM TERUS KOMITED UTAMAKAN KEBAJIKAN WARGA PASUKAN - KPN

Kuala Lumpur, 28 Jun 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima sejumlah RM112.6 juta peruntukan pada tahun 2023 bagi pelaksanaan 465 projek pembaikan dan menaiktaraf kuarters. PDRM dengan kerjasama pihak Jabatan Kerja Raya telah berjaya melaksanakan penambahbaikan melibatkan sebanyak 4,612 unit rumah kuarters di seluruh Malaysia.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain dalam Perhimpunan Bulanan bagi bulan Jun 2024 anjuran Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, di Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, di sini, pagi tadi.

Beliau turut menyatakan bahawa selain kerja-kerja meliputi pembaikan saluran paip dan pendawaian, sebanyak RM14.4 juta peruntukan dimanfaatkan untuk kerja-kerja pengubahsuaian sebanyak 286 unit kuarters lama PDRM.

“Peruntukan dan pelaksanaan projek ini yang meliputi balai-balai polis dan pos-pos Pasukan Gerakan Am merupakan langkah permulaan di bawah kerangka Pembangunan Malaysia MADANI”, ujar beliau.

Sebanyak 12 projek di bawah Rolling Plan Keempat Rancangan Malaysia Kedua Belas dengan implikasi kewangan berjumlah RM1.35 bilion telah diluluskan yang melibatkan projek pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah, Balai Polis, kuarters perumahan dan lain-lain fasiliti.

Dalam pada itu, Tan Sri Razarudin turut menyampaikan Sijil Penghargaan kepada 18 orang pegawai polis dan pegawai awam dari semua jabatan sebagai menghargai warga Pasukan yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang sepanjang perkhidmatan.
Hadir sama dalam perhimpunan tadi ialah Timbalan KPN, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dan barisan Pengarah serta Timbalan Pengarah PDRM.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Bryanlie Mustin

May be an image of 4 people and text

May be an image of 11 people and text

May be an image of 11 people and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 7 people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS