Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

VIDEO PILIHAN: TIMBALAN KPN HADIR MAJLIS HI-TEA PENYERAHAN SUMBANGAN TAWP KEPADA PESERTA DETASEMEN PESARA POLIS SEMPENA HARI PAHLAWAN 2024

Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke Majlis Hi-Tea Penyerahan Sumbangan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) kepada peserta detasemen pesara polis sempena Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2024 bertempat di MTree Hotel, Puchong, Selangor.

Sumbangan kebajikan berupa “mock cheque” telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Pengerusi TAWP, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah kepada 85 peserta detasemen pesara polis yang terdiri daripada 72 orang pesara lelaki dan 13 orang pesara wanita. Kesemua peserta telah menjalani latihan sempena sambutan peringatan Hari Pahlawan di Dataran Pahlawan, Putrajaya sejak 26 Julai lalu bersama beberapa detasemen yang lain.

Hadir sama, Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim, Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Hussein Omar Khan, barisan Timbalan Pengarah Jabatan Pengurusan, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Hal Ehwal Pesara Polis) Bukit Aman, SAC Alina Sa’ad, Ketua Polis Daerah Serdang, ACP A. A. Anbalagan dan para pegawai Kementerian Dalam Negeri serta Polis Diraja Malaysia.

Sumber: PDRM RMP TV dan TikTok PDRMsia

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS