Putrajaya, 30 Ogos 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir ke Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, petang tadi.
Kehadiran Perdana Menteri (PM), Dato' Seri
Anwar Ibrahim sekitar jam 5.00 petang tadi disambut oleh Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang dan Menteri Komunikasi, Tuan Ahmad
Fahmi Mohamed Fadzil.
Program yang diterajui Kementerian Perpaduan Negara itu turut disertai oleh hampir 7,000 tetamu termasuk penjawat awam, pesara dan veteran serta badan bukan kerajaan bagi menyemarakkan penghayatan kemerdekaan di kalangan rakyat Malaysia.
Antara intipati amanat yang disampaikan, Dato' Seri Anwar menyeru agar seluruh rakyat Malaysia sentiasa menghayati erti pengorbanan pejuang tanah air terdahulu dalam mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara.
Bertemakan 'Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka', acara sambutan Hari Kebangsaan 2024 bakal mengetengahkan konsep kebersamaan rakyat yang terdiri daripada segenap lapisan masyarakat selari dengan maksud tema tahun ini, perlambangan kesepaduan secara holistik negara maju dan progresif menaungi rakyat berbilang kaum, bersatu hati serta teguh jati diri.
Hadir sama, Ketua Setiausaha (KSU)
Kementerian Dalam Negeri, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, Timbalan Pengarah I (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman)
Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, DCP Dato' Mohd Nasri Omar, Timbalan Pengarah (Cyber Crime),
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, DCP Dato’ Dr. Lim Joo Soon, Timbalan Pengarah (Integriti) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, DCP Thaipul Bahri Mokhtar dan Penolong Pengarah (E6) Cawangan Khas Bukit Aman, DCP Datuk Mohd Zahari Sidik.
Jurugambar: Koperal Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhammad Hilmi Zaini.