Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir ke Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Majlis yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri
Anwar Ibrahim dan diterajui
Kementerian Perpaduan Negara itu turut disertai hampir 7,000 tetamu termasuk penjawat awam, pesara, veteran serta badan bukan kerajaan
bagi menyemarakkan penghayatan kemerdekaan dalam kalangan rakyat Malaysia.