Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

VIDEO TULAR: POLIS KESAN PEMANDU KENDERAAN MENGHALANG LALUAN AMBULANS

“Polis giat mengesan pemandu sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Triton yang dipercayai menghalang laluan ambulans walaupun siren kecemasan dibunyikan beberapa kali dalam kejadian di persimpangan Padang Lembek, Ketereh, Kota Bharu.”

“Polis turut meminta pemandu ambulans terbabit untuk hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu bagi membantu siasatan.”

“Tindakan terhadap pemandu Mitsubishi Triton boleh diambil mengikut Kaedah 9(2) LN166/59 iaitu tidak memberi laluan kepada ambulans dan dihukum mengikut Seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987.”

Sumber Kenyataan: Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Mohd Rosdi Daud

Pautan video:

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/videos/1547181476189065
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS