Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

DKPP DAN P.K.P. 2024: KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KURNIA DARJAH KEBESARAN DAN PINGAT KEPADA WARGA PDRM

Kuala Lumpur, 30 Oktober 2024 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis (DKPP) dan Pingat Keberanian Polis (P.K.P.) Tahun 2024 kepada 100 penerima warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Balairung Seri, Istana Negara, di sini.

Turut berkenan berangkat ialah Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Turut hadir, Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama isteri selaku Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datuk Zainah Othman, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Hj. Nasarah bersama isteri, Datin Seri Hamisah Hussin dan Timbalan KPN, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bersama isteri Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, SAC Datin Sri Dato' Zalena Mohd Ariffin.

Mendahului senarai penerima dalam istiadat pagi tadi adalah Kepala Kepolisian Negara Republik Indonesia, Jenderal Polisi Drs. Listyo Sigit Prabowo M.Si dan diikuti Ketua Polis Filipina, Police General Rommel Francisco D Marbil yang dikurniakan Darjah Kebesaran Pangkat Pertama Panglima Gagah Pasukan Polis (P.G.P.P.) secara kehormat.

Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan darjah kebesaran sama kepada empat pegawai kanan PDRM iaitu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Seri Khaw Kok Chin, Timbalan Pengarah Cawangan Khas E1 Bukit Aman, CP Datuk Hj. Samsudin Basir, Timbalan Pengarah Cawangan Khas I, Bukit Aman, CP Datuk Ts. Ahmad Ramdzan Daud dan Timbalan Pengarah Pengurusan (Bahagian Dasar Sumber Manusia) Bukit Aman, CP Dato’ Mohd Roze Shaari.

Dalam istiadat yang penuh tertib itu, Seri Paduka Baginda turut mengurniakan Darjah Kebesaran Pangkat Kedua Panglima Setia Pasukan Polis kepada lapan penerima, Darjah Kebesaran Pangkat Ketiga Pahlawan Pasukan Polis (18 penerima), Darjah Kebesaran Pangkat Keempat Kesatria Pasukan Polis (10 penerima) dan Darjah Kebesaran Pangkat Kelima Bentara Pasukan Polis (58 penerima).

Pengurniaan DKPP dan P.K.P. kepada pegawai dan anggota polis yang layak adalah sebagai manifestasi penghargaan daripada pihak Kerajaan khasnya Pasukan atas jasa serta pengorbanan yang telah mereka curahkan selama ini.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Awang Alik Jeman bersama isteri, Datin Che Norshina Mohd Hashim dan barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan PDRM bersama pasangan.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 9 people and text

May be an image of 11 people, dais and text

May be an image of 13 people and dais

May be an image of 10 people and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS