“Wahai Tuhan kami, permudahkanlah segala urusan. Janganlah dipersulitkan.”
Mungkin ada segelintir yang tidak tahu, ketika warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) sibuk bertungkus lumus membantu mangsa-mangsa banjir di semua negeri yang terkesan, ada premis dan aset milik Pasukan yang turut terjejas akibat bencana alam itu.
Namun begitu, ujian tersebut tidak sesekali melunturkan semangat dan mengganggu gugat amanah yang sedang digendong mereka untuk membantu masyarakat yang sedang memerlukan pertolongan.
Warga PDRM terus berusaha sedaya mungkin membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira waktu dan ketika selari dengan slogan ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.’
Sumber gambar dan video: Facebook Kontinjen PDRM dan netizen