Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

#OPBanjir POSTING PILIHAN: TINDAKAN PANTAS PGU SELAMATKAN NYAWA PESAKIT JANTUNG DI KAWASAN TERJEJAS BANJIR

Tindakan pantas Pasukan Gerakan Udara (PGU) hari ini telah menyelamatkan nyawa seorang pesakit yang mengalami komplikasi jantung dengan menaiki penerbangan MEDEVAC dari Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi, Rantau Panjang ke Markas Batalion 8 Pasukan Gerakan Am, Pengkalan Chepa, Kelantan.

Usaha menyelamat tersebut berjaya membawa mangsa keluar dari kawasan terjejas teruk akibat banjir sebelum dikejarkan ke hospital dengan menaiki ambulans ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan.

Warga Polis Diraja Malaysia mendoakan semoga pesakit dipermudahkan dalam urusan menjalani rawatan dan diberikan kesembuhan.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS