Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

TIMBALAN KPN ZIARAH PEGAWAI MAJLIS SUKAN PDRM DI PPUM


Kuala Lumpur, 26 Disember 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menziarahi pegawai Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Inspektor Muhammad Al Azim Md Azmi yang sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini.

Ketibaan beliau kira-kira jam 10.00 pagi tadi disambut oleh Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Dato’ Ts. Azizee Ismail bersama Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintenden Ahmad Firdaus Mustafa Kamal.

Dalam pertemuan yang berlangsung kira-kira 30 minit tersebut, Dato’ Sri Ayob Khan turut menitipkan doa, kata-kata semangat serta sokongan moral selain menyampaikan sumbangan kepada Inspektor Muhammad Al Azim.

Inspektor Muhammad Al Azim, 31 tahun, yang merupakan Inspektor Sekretariat Atlet PDRM telah diagnosis menghidap sakit kanser dan sedang menjalani rawatan rapi di hospital berkenaan.

Turut hadir, Setiausaha Majlis Sukan PDRM, Superintenden Bibiana Ng Pei Chin, Superintenden Kebajikan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Superintenden S Suzana S Abdullah dan barisan pegawai kanan PDRM.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 5 people and text

May be an image of 2 people, hospital and text

May be an image of 2 people, hospital and text

May be an image of 7 people, ambulance, hospital and text

May be an image of 9 people, clarinet and text

May be an image of 2 people, hospital and text

May be an image of 8 people, ambulance and hospital

May be an image of 4 people, hospital and text

May be an image of 1 person and rear-view mirror


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS