Balik Pulau, 27 Disember 20024 - Seorang jurutera didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah dua pertuduhan memiliki video pornografi kanak-kanak selepas ditahan pihak berkuasa, Isnin lalu.
Majistret Chia Huey Ting turut memerintahkan Koay Lian San, 45, menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda bagi kedua-dua pertuduhan
tersebut.
"Setelah mengambil kira pengakuan bersalah dan fakta kes, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM4,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda bagi kesalahan pertama dan denda RM2,000 atau penjara tiga bulan jika gagal membayar denda bagi kesalahan kedua.
"Semua barangan yang dirampas dalam kes ini akan dilupuskan selepas proses rayuan selesai," katanya pada prosiding tersebut.
Media pada Selasa lalu melaporkan seorang jurutera ditahan dalam serbuan Op Pedo Bersepadu Polis Diraja Malaysia - Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia di kediaman tiga tingkat yang terletak dalam kawasan kejiranan mewah di Bayan Lepas.