Kuala Lumpur, 26 Disember 2024 - Rakaman kamera papan pemuka "dashcam" berkaitan kesalahan yang dikesan membabitkan pemandu kenderaan berat membantu siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri berkata, segala maklumat boleh disampaikan kepada pihak polis sekiranya orang ramai mengesan kenderaan berat yang
disyaki mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain.
“Orang ramai digalakkan untuk menyalurkan sebarang kesalahan dengan merakam melalui kamera papan pemuka atau memaklumkan segera kepada polis.
“Kesalahan yang dikesan dalam bentuk rakaman sedikit sebanyak dapat membantu dalam usaha mengesan pemandu dan kenderaan berat yang melakukan kesalahan jalan raya,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Dato' Sri Mohd Yusri berkata, pihaknya mengalu-alukan tindakan berkenaan sebagai usaha mencegah serta mengelak berlakunya kemalangan.
“Ada juga situasi pengguna jalan raya yang merakam dan memaklumkan segera kepada pihak polis tentang kesalahan yang dikesan dilakukan pemandu sebuah treler, sebelum bertindak menghalang kenderaan berkenaan daripada meneruskan perjalanan, kita benar-benar memuji tindakan sedemikian,' katanya.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,