Bagi memastikan trafik lancar dan keselamatan pengguna jalan raya terjamin, Koperal Mohd Nik Fariz Nik Dir dan Konstabel Mohd Syahfiq Mazlan dari Unit Kereta Peronda (MPV), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bantu menolak sebuah kenderaan yang mengalami kerosakan enjin di Jalan Persiaran Setia Gemilang Setia Alam, Seksyen U13, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.
Anggota yang terlibat dengan pantas mengalihkan kenderaan tersebut ke tepi jalan bagi memastikan lalu lintas selamat dilalui.
Terima kasih anggota terbabit atas bantuan yang diberikan, semoga menjadi contoh buat warga Pasukan yang lain.
Sumber: Polis IPD Shah Alam
