Syabas diucapkan kepada Koperal Azuwan Shah Abidin dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah
Kota Setar yang pantas membantu seorang warga emas selepas terjatuh ketika sedang melintas jalan di kawasan lampu isyarat Aman Central, Alor Setar, Kedah, semalam.
Ketika kejadian, beliau bersama Koperal Mohd Is’zafi Asri dari Balai Polis Alor Setar sedang bertugas dalam Op Selamat 23 sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.
Meskipun bantuan yang dihulurkan tampak kecil, namun keprihatinan dan sifat ihsan yang ditunjukkan mencerminkan semangat warga Sang Saka Biru dalam menjaga keselamatan masyarakat.