Terima kasih kepada pemilik akaun Facebook Ks Ls atas penghargaan kepada sekumpulan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Ibu Pejabat
Polis Daerah Iskandar Puteri pada ketika itu sedang dalam penugasan Ops Selamat Tahun Baharu Cina dengan menghulurkan bantuan mengawal lalu lintas, bagi melindungi keselamatan pemandu kenderaan yang mengalami kerosakan di bahu jalan.
Walaupun sekadar tugasan mengawal lalu lintas bagi memberi laluan kepada kenderaan penunda untuk membawa kenderaan rosak tersebut, namum besar nilainya bagi keselamatan nyawa pengguna jalan raya yang lain untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Sumber video: Facebook Ks Ls