Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

VIDEO PILIHAN: LAGI 'WIRA TOLAK RASUAH' PDRM DIRAIKAN, TERIMA SURAT PENGHARGAAN DARIPADA KPN

 
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menerima kunjungan 10 tetamu istimewa daripada Kontinjen Johor untuk terima Surat Pengharagaan di Bukit Aman.

Mereka yang diundang khas ialah Inspektor Rosli Mohd Saad, Koperal Mohammad Hafizi Idris, Lans Koperal Shafrizal Jasi, Lans Koperal Mohd Saiden Abdul Lemin dan Lans Koperal Muhammad Syahir Safwan Abdul Jamil dari Pasukan Polis Marin serta Sarjan Roshazizat Hj. Idris, Koperal Azhar Omar, Koperal Muhammad Muizzuddin Roslan, Lans Koperal Mohd Safuan Kaderi dan Lans Koperal Muhammad Faiz Abdul Kadir dari Unit Rondaan Bermotosikal Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat.

Menurut Tan Sri Razarudin, sebagai seorang ketua sememangnya beliau amat berbangga mempunyai 'anak-anak buah' yang mempunyai jati diri kuat dengan meninggikan agamanya dalam menolak rasuah ketika melaksanakan amanah demi agama dan negara. Beliau sekali lagi menyeru kepada mereka agar sentiasa mengingati Allah SWT dan menjaga agama, kerja, keluarga serta bangsa.

Sumber: TikTok igrazor

Juruvideo: Koperal Muhamad Aizat Afiq Kamarudin dan Konstabel Muhammad Adzha Ahmad Zulkopli


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS