Raub, 25 Februari 2025 - Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato’ Sri Azri Ahmad mengadakan lawatan kerja di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub, di sini semalam.
Lawatan tersebut adalah bersempena Taklimat Hasil Pemeriksaan Pematuhan Kawal Selia dan Audit Kewangan bagi Kontinjen
Pahang yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah (KPP) (Pematuhan) JIPS Bukit Aman, SAC Ahmad Shukri Mat
Akhir.
Pemeriksaan tersebut melibatkan JIPS Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang dengan tiga lagi IPD lain iaitu IPD
Pekan, IPD Jerantut dan IPD
Bera bermula dari 17 sehingga 23 Februari 2025.
Hadir sama, Ketua Polis (KP) Pahang, CP Dato' Sri Yahaya Othman, Pemangku Timbalan KP negeri, SAC Dato' Mohd Yusri Othman, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan
Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Pahang, SAC Dato’ Mohamad Noor Yusoff Ali, KPP Risikan/Operasi JIPS Bukit Aman, SAC Saifullizan Ishak, KPP Siasatan/Perundangan/Kajian Kes JIPS Bukit Aman, SAC Arifai Tarawe dan barisan Ketua Polis Daerah.
Sumber: Polis Daerah Raub