Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

TIMBALAN KPN ADAKAN LAWATAN KERJA RASMI KE ESSZONE

 
Semporna, 26 Februari 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mengadakan tinjauan ke beberapa pulau sekitar daerah ini yang terletak dalam kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) sempena lawatan kerja rasmi beliau selama empat hari di Kontinjen Sabah, pagi semalam.

Hadir sama, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, DCP Datuk Shahurinain Jais, Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), DCP Datuk Victor Sanjos dan Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM, Datuk Dr. Jamaluddin Mohd. Ali.

Program Dato' Sri Ayob Khan bersama delegasi dimulakan dengan menghadiri sesi taklimat perkembangan projek pembinaan Pangkalan Operasi Hadapan (FOB) Pasukan Polis Marin, Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pulau Mabul yang akan dijadikan markas taktikal dalam mengawal dan memantau tahap keselamatan di perairan pulau itu serta kawasan sekitarnya.

Mesyuarat yang berlangsung sekitar dua jam di Bilik Mesyuarat Jabatan Kerja Raya tersebut dipengerusikan oleh Ketua Audit Negara, Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi dan turut dihadiri, Pengarah Audit Negeri Sabah, Dr. Mona Othman dan Ketua Pengarah Imigresen, Dato' Zakaria Shaaban.

Seusai taklimat, program diteruskan dengan melawat Pos Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Pulau Sipadan. Dalam lawatan tersebut, Dato' Sri Ayob Khan telah diberi penerangan secara ringkas oleh Komander Angkatan Tugas Bersama 2, Brigedier Jeneral Wan Edenin Wan Mahsin berkenaan situasi semasa keselamatan, jumlah keanggotan serta kelengkapan aset yang digunakan bagi menjaga keselamatan perairan.

Hadir sama, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), Datuk Hajah Patimah Ramuji, Pengarah Imigresen Sabah, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof, Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Mohd Sabri Zainol dan para pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Kerja Raya Malaysia, Jabatan Audit Negara, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, ATM, PDRM serta ESSCOM.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 7 people and text

May be an image of 7 people

May be an image of 11 people and text

May be an image of 7 people and text

May be an image of 10 people and text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS