Cyberjaya, 28 Februari 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini hadir ke Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah
PBLT Bilangan 1 Tahun 2025 di Bilik Mesyuarat Kinabalu, PBLT Sdn. Bhd., di sini.
Mesyuarat yang bermula sekitar jam 9.00 pagi tadi dipengerusikan oleh Tan Sri Datuk Seri Dr. Mazlan Lazim selaku Pengerusi Syarikat PBLT.
Antara input yang dibincangkan ialah pembentangan laporan dan penyata kewangan, pengesahan minit mesyuarat lepas serta beberapa perkara berbangkit yang memerlukan tindakan ahli lembaga pengarah.
Turut hadir, Ketua Pegawai Operasi PBLT, Puan Sr. Nor Khairiah Abdul Halim dan Setiausaha Syarikat PBLT, Encik Syukur Marzuki.