Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

POSTING PILIHAN: PENGARAH PENGURUSAN PENGERUSIKAN SESI PEMBENTANGAN PELAPORAN PEMERIKSAAN BALAI DI KONTINJEN PULAU PINANG

George Town, 1 Mac 2025 – Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Abdul Aziz Abdul Majid mempengerusikan sesi pembentangan Pelaporan Pemeriksaan Balai (PTKPN A117) bagi Kontinjen Pulau Pinang di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, di sini semalam.

Kehadiran beliau sempena lawatan kerja rasmi di kontinjen itu disambut Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, DCP Dato’ Mohd Alwi Zainal Abidin.

Antara input yang dibincangkan ialah memastikan semua aspek operasi dan pentadbiran di setiap balai mematuhi Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) serta penambahbaikan berterusan dalam pengurusan balai-balai polis di kontinjen itu.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Dato’ Ts. Azizee Ismail, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, SAC Datuk Mohd Sukri Kaman dan barisan ketua jabatan serta ketua polis daerah.

Sumber: PDRM Pulau Pinang

May be an image of 6 people and text   May be an image of 5 people, motorcycle and text   May be an image of 2 people   May be an image of 3 people   May be an image of 4 people, car and jeep  
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS