Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

ARTIKEL PILIHAN: KPN HARGAI PENGORBANAN PEGAWAI, ANGGOTA BERTUGAS KETIKA AIDILFITRI

Kuala Lumpur, 29 Mac 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menzahirkan penghargaan kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan bertugas sepanjang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Tan Sri Razarudin berkata, pengorbanan anggota yang sanggup meninggalkan keluarga demi memastikan ketenteraman awam dan keselamatan negara sentiasa terpelihara amat dihargai.

"Kami tidak memandang ringan pengorbanan anda. Kami sedar bahawa anda telah meninggalkan keluarga di rumah dan bekerja tanpa henti sepanjang musim Aidilfitri ini.

"Harapan saya adalah agar anda semua melaksanakan tugas dengan selamat serta dikurniakan kesihatan yang baik supaya dapat kembali ke pangkuan keluarga sebaik sahaja operasi yang sedang dijalankan selesai,” katanya pada Sabtu.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../kpn-hargai-pengorbanan...

Sumber: Sinar Harian



PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS