Kuala Lumpur, 30 Mac 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir Takbir Hari Raya di Masjid Negara, di sini.
Takbir dan kalimah tahmid menyambut kemenangan umat Islam dalam menyempurnakan Rukun Islam ketiga itu diketuai oleh Imam Masjid Negara, Tuan Haji Ehsan Mohd Hosni dan turut dihadiri oleh Perdana Menteri (PM), Dato' Seri
Anwar Ibrahim.
Turut hadir, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Setia Dr. Mohd. Na’im Mokhtar, timbalannya Dr. Zulkifli Hassan, Panglima
Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Hj. Mohd Nizam Hj. Jaffar, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri
Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Dato' Dr. Sirajuddin Suhaimee, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Tuan Hj. Hanifuddin Roslan, para pelajar
Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur bersama warga kementerian, jabatan serta agensi.