Dengan adanya sifat keprihatinan yang tinggi, Polis Diraja Malaysia tidak lekang untuk sentiasa membantu mereka yang ditimpa kesusahan.
Itulah yang dilakukan oleh Lans Koperal Muhammad Firdous Abdul Rahim dan Lans Koperal Muhammad Hazrin Azman dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan
Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor kepada pemilik sebuah kenderaan yang mengalami kerosakan di Kilometer 52, Jalan Kuala Lumpur menghala ke Ipoh, semalam.
Sifat prihatin yang tinggi, anggota yang terlibat segera menghulurkan bantuan meskipun sedang melakukan tugas rondaan dan kenderaan tersebut berjaya dialihkan ke bahu jalan dengan selamat.