Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri
Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Pelancaran Kamus Kompetensi Tingkah Laku Kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Edisi Pertama Tahun 2025 yang disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri
Saifuddin Nasution Ismail di Dewan Kuliah Gugusan,
Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah.
Pembangunan Kompetensi Tingkah Laku Kepimpinan PDRM dengan kerjasama UUM telah bermula sejak awal tahun 2021. Ia bertujuan untuk membangunkan sistem penilaian kompetensi berdasarkan tingkah laku kepimpinan dan pengurusan dalam PDRM, dengan penekanan kepada perjawatan strategik.
Sumber: TikTok PDRMSia_Official