Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

KPN SANTUNI DATUK WIRA ABDUL MAJID

Sungai Buloh, 29 April 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain, hari ini meluangkan masa menziarahi pesara polis yang juga bekas Ketua Polis Melaka, DCP Datuk Wira Abdul Majid Mohd Ali di kediamannya di Eco Grandeur, Puncak Alam.

Turut hadir, isteri beliau merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Puan Sri Datuk Zainah Othman. Pasangan itu tiba sekitar jam 2.30 petang dan disambut mesra oleh keluarga Datuk Wira Abdul Majid.

Dalam lawatan tersebut, Tan Sri Razarudin menzahirkan kata-kata semangat dan sokongan moral kepada Datuk Wira Abdul Majid serta isterinya, Datin Wira Nornisah Kamis.

Datuk Wira Abdul Majid, 63, menghidap penyakit buah pinggang kronik tahap lima dan kegagalan fungsi buah pinggang. Beliau telah menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang pada 15 April lalu di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam, dengan isterinya sendiri sebagai penderma organ.

Sepanjang perkhidmatannya dalam Polis Diraja Malaysia, beliau pernah memegang pelbagai jawatan penting termasuk Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), SAC Pentadbiran Jabatan Pengurusan dan Ketua Penolong Pengarah (Tadbir Urus/Kepolisan Am), Bahagian Integriti, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman.

Seluruh warga pasukan mendoakan agar Datuk Wira Abdul Majid dikurniakan kesembuhan yang sempurna dan sentiasa berada dalam lindungan serta rahmat Allah SWT. Semoga segala urusan beliau dan keluarga dipermudahkan. Insya-Allah.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang & Lans Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar

May be an image of 3 people, dais and the Oval Office

May be an image of 2 people, headscarf, dais and text

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 2 people and dais

May be an image of 6 people, hospital and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 6 people, chess, dais and text

May be an image of 1 person

May be an image of 1 person and text

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 5 people

May be an image of 3 people and hospital

May be an image of 3 people and dais

May be an image of 2 people, headscarf and dais

May be an image of 2 people, headscarf and text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS