Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

ARTIKEL PILIHAN: PAPAGOMO MOHON MAAF KEPADA KETUA POLIS NEGARA, MAHKAMAH

Kuala Lumpur, 30 April 2025 - Blogger, Papagomo atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris, hari ini mengemukakan permohonan maaf tanpa bersyarat kepada Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain dan Mahkamah Tinggi.

Papagomo membuat permohonan maaf itu berhubung kenyataan pada 14 Januari lalu dan penggunaan gambar imej KPN yang diubah suai pada 15 Januari lalu, membacakan pernyataannya di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Gan Techiong.

Kenyataan dan gambar itu disiarkan Papagomo walaupun selepas perintah injunksi dikeluarkan mahkamah pada 31 Disember tahun lalu, yang menghalangnya daripada berbuat demikian.

Selepas pernyataan itu dibacakan, Tan Sri Razarudin dan mahkamah menerima pernyataan maaf berkenaan dengan syarat ia disiarkan di YouTube, Tiktok, X dan Telegram bermula hari ini dan tidak diturunkan sekurang-kurangnya tujuh hari.

Papagomo juga dikehendaki memadamkan kenyataan dan gambar terbabit bermula hari ini. Techiong turut memerintahkan Papagomo membayar kos sebanyak RM5,000.
Pernyataan maaf itu berbunyi:

"Saya, Wan Muhamamd Azri bin Wan Deris, dengan suci hati tanpa apa apa syarat memohon maaf kepada mahkamah yang mulia ini, kepada KPN, Tan Sri Razarudin Husain diatas penggunaan perkataan berunsur fitnah dan khianat terhadap plaintif pada terbitan bertarikh 14 Januari 2025 dan penggunaan gambar KPN yang disunting pada 15 Januari 2025.

"Saya mengaku janji tidak akan mengulangi sebarang kenyataan fitnah dan kesat terhadap KPN dan akan memadamkan kenyataan bertarikh 14 dan 15 Januari ini."
Mahkamah hari ini sepatutnya mendengar prosiding komital yang diperoleh KPN terhadap Papagomo, bagaimanapun beliau diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali memaklumkan mengenai hasrat anak guamnya untuk meminta maaf.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../papagomo-mohon-maaf-kepada...
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS