Putrajaya, 30 April 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Mesyuarat Pasca Kabinet
Kementerian Dalam Negeri (KDN) Bilangan 9 Tahun 2025 di Bilik Mesyuarat Perkasa, Kompleks Setia Perkasa, KDN, di sini, petang tadi.
Antara intipati perbincangan mesyuarat tersebut adalah pembentangan daripada wakil-wakil jabatan dan agensi di bawah KDN berkenaan bidang tugas masing-masing, selain isu-isu melibatkan keselamatan dan ketenteraman awam.
Hadir sama, Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Awang Alik Jeman, barisan Timbalan KSU KDN, Komander
Eastern Sabah Security Command, DCP Datuk Victor Sanjos dan para pegawai kanan jabatan serta agensi di bawah KDN.