Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

TIMBALAN KPN HADIR MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT SEMPENA HARI KEPUTERAAN YANG DI-PERTUAN AGONG

Kuala Lumpur, 29 Mei 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay telah menghadiri Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang berlangsung di Masjid Mu’adz Bin Jabal, di sini, petang tadi.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato’ Sri Hj. Fadillah Hj. Yusof.

Majlis penuh keberkatan itu turut diserikan dengan kehadiran beberapa kenamaan negara, antaranya Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Yang Di-Pertua Dewan Negara, Senator Dato Awang Bemee Awang Ali Basah, Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari Abdul, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohamad Na’im Hj. Mokhtar dan Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Dato’ Ghazi.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan doa selamat yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negara, Tuan Hj. Ehsan Mohd Hosni sebagai tanda kesyukuran dan doa memohon keberkatan untuk baginda serta keamanan negara.

Terdahulu, Dato' Sri Ayob Khan bersama para jemaah menunaikan solat fardhu Asar disertai Qunut Nazilah bagi memohon perlindungan Allah SWT daripada sebarang musibah.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman, CP Datuk Ts. Ahmad Ramdzan Daud, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Dato’ Ts. Azizee Ismail, Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam Kuala Lumpur, SAC Khalid Saion serta warga Polis Diraja Malaysia sekitar Lembah Klang.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 1 person

May be an image of 6 people and text

May be an image of one or more people and text
May be an image of 11 people
May be an image of 6 people and text




PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS