Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

KPN ADAKAN LAWATAN KERJA KE BALAI POLIS KEPALA BATAS

Alor Setar, 29 Julai 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini telah mengadakan lawatan kerja ke Balai Polis Kepala Batas, Kedah, di sini.

Lawatan tersebut bertujuan untuk meninjau sendiri keadaan fasiliti dan suasana kerja warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di peringkat balai selain mendapatkan maklum balas berhubung keperluan semasa serta aspek kebajikan anggota.

Beliau telah diberi taklimat ringkas oleh Ketua Polis Balai, ASP Junaidy Md Saad mengenai penugasan harian di balai berkenaan.

Dalam lawatan itu, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid berkesempatan bertemu beberapa warga kerja Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar yang menghadapi masalah kesihatan antaranya Sarjan Jamal Abdul Ghani dari Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam yang menggunakan kaki palsu akibat penyakit kencing manis, Koperal Nurhazafirdaus Zainol yang bertugas di Balai Polis Kepala Batas dan mempunyai masalah saraf di bahagian leher. Beliau juga menyantuni Koperal Muzaimin Azmin dari Balai Polis Alor Setar yang merupakan pesakit angin ahmar dan Koperal Nur Muhammad Firdaus Md Ribi dari Pondok Polis Alor Merah yang turut menggunakan kaki palsu akibat kemalangan.

Dalam pertemuan tersebut, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid menzahirkan penghargaan atas ketabahan dan semangat yang ditunjukkan oleh mereka dalam meneruskan tugasan walaupun berdepan ujian kesihatan. Beliau turut menegaskan bahawa kebajikan warga PDRM akan sentiasa menjadi keutamaan pihak kepimpinan tertinggi.

Sebelum mengakhiri lawatan, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid turut meluangkan masa meninjau sistem saliran dan infrastruktur longkang di sekitar kawasan balai yang sering dinaiki air pada musim hujan ekoran berdekatan dengan sungai.

Turut hadir dalam lawatan ialah Ketua Polis (KP) Kedah, CP Adzli Abu Shah, Timbalan KP Kedah, DCP Baderulhisham Baharudin, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Kamaruzaman Abdullah dan Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Siti Nor Salawati Saad.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Khairunisa Ibrahim.

May be an image of 7 people and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 12 people and text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS