Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

HARI PAHLAWAN 2025: KPN BERSAMA BARISAN KEPIMPINAN PDRM HADIR MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT DI MASJID NEGARA

 
Kuala Lumpur, 30 Julai 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia petang tadi hadir ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Sambutan Hari Pahlawan bagi tahun 2025 yang berlangsung di Masjid Negara, di sini.

Majlis yang bermula sekitar jam 5.30 petang dengan keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Turut berangkat bercemar duli ke majlis tersebut ialah KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Terdahulu, para hadirin menunaikan solat fardhu Asar yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negara, Tuan Hj. Ehsan Mohd Hosni.

Majlis tersebut merupakan antara pengisian utama sempena Sambutan Hari Pahlawan yang disambut saban tahun bagi menghargai perjuangan anggota keselamatan serta menzahirkan rasa syukur atas nikmat keamanan yang dikecapi hari ini.

Hadir sama, Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato' Sri Hj. Fadillah Hj. Yusof bersama isteri, Datin Sri Hajah Ruziah Mohd Tahir, barisan Menteri Kabinet dan Ketua Agensi keselamatan serta Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia(PERKEP), Datin Sri Hjh. Munirah Che Rose.

Jurugambar: Lans Koperal Bryan Mustin dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri

May be an image of 11 people

May be an image of 5 people and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 10 people, headscarf and text

May be an image of one or more people, crowd and text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS