Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

TIMBALAN KPN HADIR PEMBENTANGAN LAPORAN ROUNDTABLE DISCUSSION - TRANSFORMASI SISTEM DIGITAL PDRM MELALUI APLIKASI AI

Kuala Lumpur, 29 Julai 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke majlis Pembentangan Laporan Roundtable Discussion - Transformasi Sistem Digital Polis Diraja Malaysia (PDRM) Melalui Aplikasi Kecerdasan Buatan (AI) yang berlangsung di Dewan Ketua Polis Negara, Maktab PDRM Kuala Lumpur, di sini, petang tadi.

 
Majlis ini merupakan susulan kepada program “AI Awareness for PDRM – Management Level” yang telah diadakan pada 15 April 2025 lalu yang dianjurkan oleh Bahagian Latihan PDRM dengan kerjasama Fakulti Kecerdasan Buatan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Program tersebut disertai oleh 10 jabatan dalam PDRM mendengar syarahan dan perbincangan meja bulat bersama pakar dari UTM bagi mengenal pasti strategi pelaksanaan teknologi AI dalam sistem kepolisan.

Dalam program yang diadakan, Tan Sri Ayob Khan bersama para tetamu telah dipertontonkan tayangan montaj khas dan pembentangan laporan diskusi oleh Dekan Fakulti Kecerdasan Buatan, UTM, Profesor Ts. Dr. Mohd Naz’ri Mahrin, sebelum beliau dijemput ke pentas utama bagi menyampaikan ucapan perasmian.

Tan Sri Ayob Khan dalam ucapannya berkata, AI diyakini mampu memperkasa keupayaan taktikal dan strategik Pasukan Sang Saka Biru dengan membolehkan tindakan yang lebih proaktif berasaskan bukti dan data serta berorientasikan impak yang mampan terhadap keselamatan awam.

Seramai 33 wakil jabatan dari Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman telah terlibat dalam sesi meja bulat tersebut yang berlangsung pada April lalu, dibantu fasilitator UTM bagi menganalisis potensi aplikasi AI mengikut fungsi jabatan masing-masing.

Melalui pengisian berstruktur dan kolaborasi bersama institusi akademik, inisiatif ini diyakini mampu memacu pembangunan sistem digital PDRM secara lebih berkesan dan strategik, sejajar aspirasi Kementerian Dalam Negeri ke arah pendigitalan keselamatan negara.

Hadir sama, Pengarah Pengurusan selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Dato’ Abdul Aziz Abdul Majid, barisan Pengarah PDRM, para pegawai kanan PDRM dan akademik UTM.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 1 person, dais and text that says 'A MAKTAB POLIS DIRAJA MAKTABPOLISDIRAJAMALAYSI MALAYSIA KUALALUMPUR KUALA LUMPUR RM'

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 3 people, dais and text that says 'GERDASAN BUATAN (AI) DISEMDUNNAKAN OLEH: DIG TAN SRI ΑΓ HAN BIN MYDIN TIMBALA POLIS NEG 29 JULAI 20 DEWA MAKTA HAY BoTu 2.30 NEGAR ALA ALUMPU LUMPU PDR'

May be an image of 11 people

May be an image of 2 people and text

May be an image of 4 people and text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS