Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

LIVE: ISTIADAT PERBARISAN SEMPENA SAMBUTAN HARI PAHLAWAN 2025

Kini sedang berlangsungnya Istiadat Perbarisan Sempena Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2025 yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertempat di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya.

Majlis turut dihadiri oleh Ketua Polis Negara, IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Datin Sri Hjh. Munirah Che Rose.

Siaran langsung ini turut menampilkan Komandan Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bakri, Muar, Johor, SAC Zam Halim Jamaluddin sebagai komentator PDRM bersama Panglima Briged Pertama Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Zamri Othman dari Angkatan Tentera Malaysia yang mengulas mengenai topik “Istiadat Perbarisan Hari Pahlawan 2025”.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS