Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

PDRM LANCAR KEMPEN SEMARAK JALUR GEMILANG SEMPENA BULAN KEBANGSAAN TAHUN 2025

Kuala Lumpur, 28 Ogos 2025 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) dengan kerjasama Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Malaysia telah melancarkan Kempen Semarak Jalur Gemilang Sempena Bulan Kebangsaan Tahun 2025 yang berlangsung di Plaza Tol Jalan Duta menghala ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.

Pelancaran kempen berkenaan telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Kepolisan Komuniti) JPJKK Bukit Aman, DCP Dato' Aida Abdul Hamid.

Kempen tersebut dilihat sebagai usaha PDRM dalam mendekatkan warga pasukan dengan masyarakat melalui semangat kebersamaan, sekali gus menyemarakkan lagi Sambutan Hari Kebangsaan yang bakal diraikan pada 31 Ogos ini.

Turut hadir, Ketua Unit Keselamatan Operasi PLUS, Tuan Saiful Irwan Rafar, Ketua Penolong Pengarah (KPP) Kepolisan Am JPJKK Bukit Aman, SAC Dato Noor Halim Nordin, KPP Pengurusan (Hal Ehwal Pesara Polis) Bukit Aman, SAC Alina Saad dan pegawai kanan polis.

Terdahulu, berlangsung penyerahan Jalur Gemilang dan pelepasan para peserta konvoi sebagai simbolik pelancaran kempen oleh Ketua Polis Negara, IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail di Lobi Menara 1, Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman.

Sebanyak 20 kenderaan dari Unit Ronda Bermotosikal dan Unit Kereta Peronda terlibat sama dalam kempen tersebut.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan, Lans Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar dan Konstabel Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi

May be an image of 11 people and text

May be an image of 7 people, ambulance and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 2 people and text that says 'a 本田 POLIS POLISDIRAJAMTALAYSIA DIRAJA MALAYSIA'

May be an image of 8 people, car, ambulance and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS