Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

POSTING PILIHAN: POLIS MERU SEMPURNAKAN PROGRAM EARTH WARRIOR

Sepasukan anggota polis yang diketuai oleh Ketua Polis Balai Meru, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara, Sarjan Mejar Mohd Sharil Abdul Hamid melakukan kerja-kerja pembersihan di Pekan Meru, Klang, Selangor sempena Program Earth Warrior (Program Pembersihan Komuniti) anjuran Great Heart Charity Association.

Kerja-kerja pembersihan itu turut dihadiri oleh penganjur, Dato' Tan Wing Chong bersama barisan ahli Great Heart Charity Association.

Penyertaan aktif dari pihak polis ini bukan sahaja menyumbang kepada kesejahteraan komuniti, malah mengeratkan hubungan silaturahim antara Polis Diraja Malaysia dan masyarakat sejajar dengan tema "Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada."

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS