Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

TIMBALAN KPN HADIRI PERHIMPUNAN BULANAN KDN ANJURAN JABATAN PENJARA MALAYSIA

 
Putrajaya, 30 September 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) (KDN) bagi bulan September yang disempurnakan Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Dewan Gemilang, Kompleks Setia Perkasa, di sini, hari ini.

Majlis anjuran bersama Jabatan Penjara Malaysia itu menyaksikan peluncuran e-Learning Koreksional iaitu projek perintis pembelajaran maya berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) bagi meningkatkan kompetensi warga kerja jabatan selaras dengan agenda "Prison Reform".

Dalam program sama, turut diluncurkan Buku Sayangi Negaraku, Sederap Memaknai MADANI yang menghimpunkan pencapaian dan reformasi KDN sepanjang dua tahun, termasuk penambahbaikan dasar, pindaan undang-undang serta pendekatan turun padang.

Selain itu, turut diadakan Pengaktifan Skuad Ihsan MADANI KDN bagi membantu mangsa bencana, khususnya banjir, melalui aktiviti pembersihan, gotong-royong dan penyaluran bantuan. Setakat ini seramai 90 sukarelawan telah berdaftar dalam skuad tersebut.

Turut hadir, Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah, Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Awang Alik Jeman, Komisioner Jeneral Penjara, Dato’ Hj. Abdul Aziz Abdul Razak dan barisan ketua jabatan dan agensi di bawah KDN.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 3 people, dais and text that says 'M'

May be an image of 6 people and text

May be an image of 1 person, dais and text that says 'AN NASUTION BIN Ie 1 NEGERI SIA NI @HAKMILIK MULIKPDRM K @HAK MILIK DRM Malaysla... Malaysla STNlo TrnlyAsiu y Asia'

May be an image of 4 people and text

May be an image of 6 people, dais and text that says 'CA GAU 01 MARCH SCANNIN GE 00 0000 DRM 5'

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS