Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

[LTdL 2025] PERINGKAT KEDUA: PADANG BESAR – KEPALA BATAS

Padang Besar, 29 September 2025 – Peringkat Kedua perlumbaan berprestij Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025 bermula pagi tadi di Padang Besar, Perlis sebelum menamatkan kayuhan di Kepala Batas, Pulau Pinang dengan jarak keseluruhan sejauh 166.1 kilometer (km).

Acara pelepasan telah disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di Jalan Padang Besar dalam suasana penuh meriah, sekali gus menandakan bermulanya cabaran sengit peringkat kedua kejohanan berbasikal bertaraf antarabangsa ini.

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) bertanggungjawab memastikan kelancaran lalu lintas serta keselamatan sepanjang laluan perlumbaan yang diketuai oleh Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman), DCP Mohd Rozi Jidin bersama Ketua Penolong Pengarah Kawalan Lalu Lintas, JSPT Bukit Aman, Superintenden Mohd Yatim Osman.

Peringkat kali ini menampilkan tiga zon pecutan di Jitra, Pendang dan Sungai Petani, Kedah yang dimanfaatkan sepenuhnya oleh 128 pelumba daripada 22 pasukan untuk memburu kedudukan terbaik masing-masing.

Cabaran lebih getir menanti pada Peringkat Ketiga esok, apabila para pelumba perlu mengharungi laluan sejauh 198.2 km dari Gerik, Perak sebelum menamatkan kayuhan di Pasir Puteh, Kelantan.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar

May be an image of 5 people and text

May be an image of ‎9 people and ‎text that says '‎生! DARM DARY Naina ' PETRONAS ክን حوت PETRONAS 8 นาน45‎'‎‎

May be an image of 6 people, scooter, motorcycle, road and text

May be an image of 3 people, motorcycle and text

May be an image of 6 people, bicycle, road and text

May be an image of 9 people, road and text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS