Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

POSTING PILIHAN: PDRM PEROLEH 14 KENDERAAN BAHARU TINGKAT KESELAMATAN DAN PENGUATKUASAAN JALAN RAYA



Kuala Lumpur, 27 Oktober 2025 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menerima sebanyak 14 unit kenderaan baharu bagi memperkukuh aspek keselamatan serta penguatkuasaan jalan raya dalam satu majlis ringkas yang diadakan di pekarangan Lobi Menara 1, Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman.

Penyerahan melibatkan 10 buah motosikal model Yamaha YZF-R25 sumbangan Kelab LC1010 Malaysia dan 4 unit kenderaan Honda CR-V (1.5 Turbo) daripada PLUS Malaysia Berhad (PLUS). Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Presiden Kelab LC1010 Malaysia, Dato’ Dr. Jim Khor dan Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, Datuk Nik Airina Nik Jaffar kepada Ketua Polis Negara, IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail.

Sumbangan tersebut menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh kesiapsiagaan dan keupayaan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dalam memastikan kelancaran, keselamatan serta pematuhan undang-undang jalan raya di seluruh negara, khususnya di lebuh raya utama dan ketika berlangsungnya acara besar peringkat nasional.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Gilberd Philip Layang, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Kamaruzaman Abdullah, Timbalan Pengarah I JSPT Bukit Aman, DCP Mohd Rozi Jidin, Ketua Penolong Pengarah Pengangkutan JLog Bukit Aman, SAC Zulkifli Abu Bakar, pegawai kanan dan pegawai rendah polis JSPT.










PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS