Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

KERATAN AKHBAR PILIHAN: LIMA REMAJA BUAT AKSI BERBAHAYA, HALANG LALUAN AMBULANS MENGAKU TUNGGANG MELULU



Kuala Kangsar, 30 Oktober 2025 - Mahkamah Majistret, di sini, semalam, membenarkan jaminan RM1,500 setiap seorang kepada lima remaja yang ditahan selepas terbabit kejadian menunggang motosikal secara berbahaya serta menghalang laluan ambulans di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), dua minggu lalu.

Jaminan terhadap lima tertuduh itu diputuskan selepas kelima-lima pelajar sekolah terbabit membuat pengakuan bersalah ketika dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menunggang motosikal secara berbahaya.

Semua tertuduh berusia 17 tahun itu, membuat pengakuan bersalah sewaktu pertuduhan terhadap mereka dikemukakan secara berasingan di hadapan Majistret Mohd Shazmeer Zamhari.

Berdasarkan kertas pertuduhan, kelima-lima tertuduh didapati menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya di Kilometer (KM) 249, Lebuhraya PLUS arah selatan, di sini kira-kira jam3.15 petang, 19 Oktober lalu.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS