Tindakan pantas anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar berjaya menyelamatkan sepasang suami isteri warga England yang terkandas di sebuah hotel berhampiran pasar raya Ten Ten selepas pintu hotel gagal dibuka akibat limpahan air banjir di kawasan sekitar, pagi semalam.
Tiga anggota terlibat, Koperal Mohd Faiz Helme Ahmad, Koperal Muhammad Ashaari Shafii dan Koperal Nasrul Nazlan dari Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, IPD Kangar, segera memberi bantuan dan memastikan mangsa berjaya dikeluarkan dengan selamat.
Semoga segala bantuan dan kebaikan yang diberikan mendapat ganjaran yang terbaik.