Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

#OPBANJIR POSTING PILIHAN: IPD GUA MUSANG BANTU PINDAHKAN 54 PENDUDUK AKIBAT RISIKO BANJIR LUMPUR #30112025

Sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang telah melaksanakan pemindahan seramai 54 penduduk melibatkan 14 keluarga dari Kampung Brooke Lama, Pos Brooke ke Pusat Pemindahan Sementara di Dewan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Sekolah Kebangsaan Pos Brooke. Tindakan ini diambil susulan ancaman banjir lumpur yang berpotensi menjejaskan keselamatan penduduk di kawasan berkenaan.

Operasi pemindahan turut dilaksanakan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pejabat Tanah Jajahan Lojing, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat serta JAKOA bagi memastikan proses berjalan dengan teratur dan kebajikan penduduk sentiasa terpelihara.

Polis Diraja Malaysia kekal komited memantau perkembangan semasa serta menyalurkan bantuan sewajarnya demi memastikan keselamatan masyarakat, khususnya ketika berdepan risiko bencana di daerah ini.


May be an image of ambulance and text that says 'CLES VY 2195'

May be an image of one or more people, lighting and road

May be an image of motorcycle, dirt bike and scooter

May be an image of lighting

May be an image of one or more people

May be an image of one or more people

May be an image of tree

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS