Padang Besar, 30 November 2025 – Pemangku Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Fisol bin Salleh telah mengadakan tinjauan ke lokasi-lokasi yang terjejas akibat banjir di Negeri Perlis dan Kedah, semalam.
Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat di Pos Kawalan Tempat Kejadian Padang Besar, yang membincangkan perkembangan semasa banjir, insiden tanah runtuh di Wang Kelian dan Jalan Kesban, status mangsa, operasi pemindahan serta kesiapsiagaan pasukan keselamatan di lapangan.
Lawatan kerja ini menzahirkan komitmen berterusan KDNKA Bukit Aman dalam memastikan keselamatan, kebajikan, dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara, khususnya semasa bencana alam.