Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

APNM 2025 IKTIRAF KEPIMPINAN KPN DAN SUMBANGAN PERKEP MALAYSIA

Petaling Jaya, 24 Disember 2025 - Kepimpinan Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail serta sumbangan signifikan Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia telah menerima pengiktirafan nasional apabila beliau bersama Pengerusi PERKEP Malaysia, Datin Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose menerima Anugerah Perdana NGO Malaysia (APNM) 2025 yang diadakan di Hotel Sunway Resort, di sini, malam tadi.

Dalam majlis tersebut, Dato' Sri Hj. Mohd Khalid menerima Anugerah Khas Kepimpinan Terbilang, manakala PERKEP Malaysia memenangi Kategori NGO Terbaik (Persatuan Keluarga dan Kebajikan) atas sumbangan signifikan kepada pembangunan komuniti, khususnya komuniti Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diwakili oleh Datin Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah.

Pengiktirafan yang diterima oleh Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid mencerminkan peranan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai sebuah organisasi pasukan keselamatan negara yang telah berusia 218 tahun dan terus menjadi tonggak utama keselamatan serta kesejahteraan negara, dipacu oleh kepimpinan tertinggi yang berwibawa dan berintegriti.

Sementara itu, anugerah yang diterima oleh PERKEP Malaysia mengiktiraf peranan persatuan tersebut sebagai tunjang kesejahteraan keluarga polis, yang sentiasa komited menyokong amanah dan tugas warga Sang Saka Biru dalam melaksanakan tanggungjawab demi keselamatan serta kesejahteraan negara.

Anugerah berprestij itu telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Mohd Rustam dalam majlis anjuran Yayasan Generasi Malaysia dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia.

Seluruh warga PDRM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada KPN dan Pengerusi PERKEP Malaysia atas kejayaan tersebut yang mencerminkan kepimpinan berwibawa KPN serta peranan aktif PERKEP Malaysia dalam memperkasa kebajikan warga PDRM dan keluarga mereka, sekali gus menyumbang kepada pembentukan organisasi yang berintegriti, sejahtera dan cemerlang.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi

May be an image of dais and text that says 'Malam Gala ANUGERAH PERDANA NG© MALAYSIA 2025 Penerima ANUGERAH KHAS KEPIMPINAN TERBILANG YDH IG DATO SERI HAJI MOHD KHALID BIN HAJI ISMAIL NGol အတစပ်ပ サ一 ne い影念'

May be an image of dais and text that says 'ANUGERAH ERDANA NGO ALAYSIA 202 NGO TERBAIK (PERSATUAN KELUARGA DAN KEBAJIKAN) PERSATUAN KELUARGA POLIS (PERKEP BUKITAMAN) BUKIT AMAN) 4မေမ PERI'

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of dais and text

May be an image of dais and text

May be an image of dais and text that says 'මහක YDH IG DATO SERI HAJI MOHD KHALID BIN NGO'

May be an image of one or more people, dais and text that says '025 PERSATUAN KELUARGA POLIS (PERKEP BUKIT AMAN) NGO NGO IREYWIC ミニ山ー = I'

May be an image of lighting and candle holder

May be an image of one or more people and dais

May be an image of one or more people, dais and text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS