Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

KPN ADAKAN LAWATAN TAPAK KE KLIH


Kuala Lumpur, 24 Disember 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail telah mengadakan lawatan tapak ke Hotel Kuala Lumpur International (KLIH) di sini, hari ini.

Beliau yang juga Yang Dipertua Koperasi Polis Diraja Malaysia (KPDRM) telah disambut mesra oleh Timbalan Pengerusi KPDRM, Dato’ Nerita Yaacob bersama Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid sebaik tiba di lokasi.

Sesi lawatan dimulakan dengan tinjauan ke beberapa unit bilik yang meliputi kemudahan kediaman dan sokongan serta persekitaran keseluruhan hotel.

Seusai lawatan diadakan, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid telah mendengar taklimat mengenai pengenalan dan rasional pembangunan semula KLIH yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi KPDRM, Puan Nazarhanim Mohamad Razak.

Taklimat tersebut menjelaskan keperluan pembangunan semula hotel, hala tuju strategik projek serta kepentingannya dalam memastikan aset koperasi kekal relevan, berdaya saing dan memberi pulangan optimum kepada ahli koperasi.

Dalam pada itu, Dato' Sri Hj. Mohd Khalid bersama delegasi yang hadir turut mengadakan perbincangan dan sesi soal jawab dengan pihak pengurusan, kontraktor dan perunding bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan mengikut perancangan, spesifikasi dan piawaian yang ditetapkan.

Lawatan tapak ini mencerminkan komitmen KPDRM dalam memantau, memperkukuh dan mengoptimumkan pengurusan aset koperasi secara profesional, telus dan berintegriti selaras dengan aspirasi memperkasa kebajikan dan kesejahteraan ahli koperasi.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), DCP Dato’ Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Datuk Mohd Sukri Kaman dan Setiausaha Polis Malaysia, DCP Abd Rahman Kassim.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Nurkhairunisa Ibrahim

May be an image of lighting, dais and text

May be an image of ‎one or more people and ‎text that says '‎١ ELUAK盛 THE ات SUDIRMAN BALLROS‎'‎‎

May be an image of ambulance and text

May be an image of text

May be an image of one or more people and text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS