Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

PENGARAH PENGURUSAN ADAKAN LAWATAN KE PERUMAHAN RESIDENSI KECAPI SENTUL


Kuala Lumpur, 24 Disember 2025 - Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Abdul Aziz Abdul Majid telah mengadakan lawatan ke Perumahan Residensi Kecapi Sentul di sini, hari ini.

Ketibaan Dato' Sri Abdul Aziz telah disambut oleh Pengarah Perhubungan Kerajaan, YTL Cement Berhad, Encik Syed Mohammad Syed Nadzir.

Program dimulakan dengan sesi taklimat ringkas oleh Encik Syed Mohammad berhubung status projek dan kemudahan yang disediakan. Projek berkenaan merupakan hasil kerjasama YTL Corporation Berhad dan Koperasi Polis Diraja Malaysia (KPDRM) Berhad.

Dalam lawatan tersebut, beliau telah meninjau beberapa kemudahan utama termasuk unit kediaman, prasarana sokongan serta persekitaran keseluruhan residensi. Ia turut memberi peluang untuk mendapatkan maklum balas secara langsung berkaitan aspek pengurusan, penyelenggaraan dan keselamatan kawasan perumahan.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), merangkap Pengerusi Jawatankuasa Khas Penawaran Rumah Kos Rendah Residensi Kecapi, Sentul, DCP Dato' Ahmad Dzaffir Mohd Yussof dan Timbalan Pengerusi KPDRM, Dato' Nerita Yaacob.

Jurugambar: Jabatan Pengurusan PDRM

May be an image of dais and text that says '@HAK a RM'

May be an image of one or more people, dais and text

No photo description available.

May be an image of one or more people, dais and text that says 'PARIONG → FOG e'

May be an image of one or more people and text that says 'RM'

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS