Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

VIDEO PILIHAN: KEPRIHATINAN PEGAWAI POLIS BANTU WARGA EMAS

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Koperal Mohd Zaharaha Saad bersama Lans Koperal Ahmad Suhaimie dari Balai Polis Rompin atas keprihatinan membantu seorang warga emas yang ditemui sedang berjalan kaki dipercayai sesat di tepi jalan Simpang Nusa Putri, Rompin, Pahang.

Kedua-dua anggota polis tersebut yang kebetulan melalui kawasan berkenaan ketika menjalankan tugas telah segera mengambil inisiatif membantu serta menghantar warga emas tersebut pulang ke rumah dengan selamat.

Tindakan kecil namun penuh makna ini mencerminkan nilai kemanusiaan, keprihatinan dan komitmen tinggi warga Pasukan Polis Diraja Malaysia dalam menyantuni masyarakat.

Sumber: Polis Daerah Rompin
https://www.facebook.com/reel/1218054986933424




Leave a comment

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS