Johor Bahru, 31 Disember 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hadir sembah mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,
Sultan Ibrahim di Istana Pasir Pelangi, di sini, hari ini.
Berangkat sama, Pemangku Sultan Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim.
Sesi sembah mengadap tersebut bertujuan untuk menyembah maklum mengenai perkembangan semasa dan kesiapsiagaan terkini Pasukan dalam hal ehwal keselamatan negara dan ketenteraman awam.
Turut hadir, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Abdul Rahman Kassim dan Komander
Pasukan Gerakan Udara, DCP Dato' Hj. Noor Sham Md Jani.