Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

INTEGRITI DALAM TUGAS TERAS UTAMA WARGA PDRM

Ipoh, 30 Januari 2026 – Integriti dalam tugas antara inti pati yang ditekankan oleh Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay ketika menyampaikan amanatnya dalam lawatan kerja di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini, hari ini.

Menurut Tan Sri Ayob Khan, amanah yang dipikul oleh setiap anggota Pasukan hendaklah dilaksanakan dengan penuh akauntabiliti. Integriti dijadikan panduan utama yang bukan sahaja berupaya mengekang amalan rasuah, malah mampu meningkatkan kualiti perkhidmatan serta memacu usaha meraih semula kepercayaan masyarakat terhadap pasukan keselamatan negara.

Selain itu, beliau turut menekankan aspek penyeliaan Sistem Kawalan Disiplin dan Dadah yang mana perlu dilaksanakan dengan cara yang betul dan penyelia haruslah berani membuat teguran kepada mana-mana pegawai dan anggota yang melanggar disiplin sehingga menjejaskan imej Pasukan.

Terdahulu, ketibaan beliau disambut oleh Ketua Polis Perak, CP Dato’ Noor Hisam Nordin bersama timbalannya, DCP Mohammad Azlin Sadari sebelum dibawa ke Pejabat Ketua Polis Perak bagi sesi kunjungan hormat.

Sebelum mengakhiri siri lawatan kerja beliau di Perak, Tan Sri Ayob Khan turut berkesempatan mengadakan perjumpaan bersama warga Cawangan Khas di samping menyampaikan amanat beliau yang turut menegaskan kepentingan integriti dan akauntabiliti dalam setiap penugasan risikan serta pelaksanaan operasi.

Turut hadir ialah barisan ketua jabatan, ketua-ketua polis daerah serta warga kontinjen negeri.

Sumber: PDRM RMP TV

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of dais and text

May be an image of text

May be an image of ‎dais and ‎text that says '‎Majlis AMANAT TIMBALAN KETU OLIS NEGARA BERSAMA WAR TERJA PDRM KONTIN! ۱ Ce 30 Januari ရ 1 เ็นันไฮ د4‎'‎‎

May be an image of one or more people, dais and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS