Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

JANGAN SEKADAR BERKHIDMAT KERANA TUGAS, BERKHIDMATLAH KERANA TANGGUNGJAWAB – KPN

Sepang, 30 Januari 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail mengingatkan setiap anggota Polis Bantuan yang telah ditauliahkan hari ini supaya berkhidmat dengan penuh rasa tanggungjawab dan bukan sekadar melaksanakan tugas semata-mata.

“Kejayaan ini menandakan titik permulaan perjalanan kerjaya anda sebagai Pembantu Keselamatan Penerbangan Polis Bantuan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB),” ujar beliau ketika menyempurnakan Majlis Tamat Latihan Asas Pembantu Keselamatan Penerbangan (Polis Bantuan) MAHB Skuad 31 Tahun 2025 yang berlangsung di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, pagi tadi.

Tambah beliau, pencapaian tersebut bukan sahaja membuktikan tahap profesionalisme dan kecekapan para pelatih, malah mencerminkan kesungguhan serta keazaman tinggi dalam memperkukuh aspek keselamatan penerbangan, termasuk keselamatan pintu masuk utama negara.

Dalam majlis yang diadakan, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid turut menyaksikan laungan ikrar dan sumpah taat setia oleh seramai 201 anggota berpangkat Konstabel Polis Bantuan MAHB, menandakan permulaan baharu mereka selepas menamatkan latihan asas selama enam bulan yang bermula 3 Ogos tahun lalu bertempat di PULAPOL Ayer Hitam termasuk modul latihan tambahan Aviation Security (AVSEC) dan menjalani latihan dalam perkhidmatan selama lapan minggu.

Terdahulu, ketibaan Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid kira-kira jam 8.30 pagi disambut oleh Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri bersama Pengerusi MAHB, Dr. Nungsari Ahmad Radhi, sebelum menerima tabik hormat daripada detasmen kawalan kehormatan.

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil dan hadiah kepada pelatih terbaik oleh Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid yang merangkumi Anugerah Pelatih Terbaik Keseluruhan, Pelatih Terbaik Latihan Luar Lelaki dan Wanita serta Pelatih Terbaik Akademik. Ia merupakan pengiktirafan terhadap prestasi cemerlang yang ditunjukkan para pelatih sepanjang tempoh latihan.

Tirai majlis ditutup dengan persembahan lintas hormat oleh Pancaragam Pusat Polis Diraja Malaysia yang dipimpin oleh Penolong Pengarah Muzik Pusat, Inspektor Dzelfa Zainal Abidin dengan dibantu Drum Major, Koperal Dinie Marzuqi Othman serta persembahan Kawad Tanpa Perintah oleh para pelatih dengan kerjasama jurulatih Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.

Turut hadir ialah Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Pahlawan Shazeli Dato’ Kahar, Pengarah Urusan Kumpulan Malaysia Airports, Dato’ Mohd Izzani Ghani, Timbalan Pengarah (Operasi Pencegahan/Koordinasi Sumber Sokongan) JPJKK Bukit Aman, DCP Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Kepolisan Komuniti) JPJKK Bukit Aman, DCP Dato’ Aida Abdul Hamid, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Abdul Rahman Kassim, barisan pengurusan tertinggi MAHB serta para pegawai kanan polis dan ahli keluarga pelatih.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi

May be an image of ambulance and text

May be an image of text

May be an image of dais and text

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of text that says 'DPA'

May be an image of text

May be an image of aircraft and text

May be an image of aircraft and text

May be an image of text

May be an image of aircraft and text

May be an image of aircraft and text

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of dais and text

May be an image of text

May be an image of dais and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of text May be an image of ‎dais and ‎text that says '‎@HAK یبا L @ M MALAYSIA AIRPORTS‎'‎‎

May be an image of child

May be an image of one or more people and crowd

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS